Sedih tengok industri buku! Rak dah kosong, 9 kedai buku MPH ditutup?

Novelis terkenal, Sri Diah Shaharuddin berkongsi sebuah posting di laman Facebook memberitahu beliau mendapat maklumat bahawa beberapa cawangan kedai buku MPH sudah dan akan ditutup tidak lama lagi.
Sebanyak sembilan cawangan didakwa telah dan bakal menamatkan operasi iaitu di Amanjaya, Sunway GEO, SACC Mall, MYTOWN, JB City Square, Kinta City, MYDIN MITC, Taman Universiti dan Subang Parade.
Walau bagaimanapun, dakwaan penutupan kedai buku yang pernah menjadi ‘kegilaan’ orang ramai sebelum internet menjadi keutamaan itu masih belum diketahui sebabnya yang mungkin terdapat beberapa faktor.

Tutup mungkin kerana…

Salah seorang penulis, Zatika Izati Puade turut memuat naik beberapa gambar selepas pergi melihat sendiri keadaan terkini MPH di Mytown, Kuala Lumpur semalam.
Menurut Zatika, situasi tersebut menimbulkan rasa sebak setelah banyak rak telah dikosongkan dan buku-buku sudah dimasukkan ke dalam kotak.

Hari2 terakhir sebuah kedai buku!

“Tiada buku, memang tak pandailah aku”

Tetapi jangan risau, mungkin hanya kedai yang ditutup. Tinjauan di carian Google mendapati, buku-buku masih boleh dipesan dan dibeli secara atas talian!