“Kes paling tak boleh lupa.” -Genap 3 tahun pemergian Zulfarhan Osman

Kes kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) yang didakwa didera sehingga mendatangkan kecederaan serius membawa kepada kematian pernah tular beberapa tahun lepas.

Semoga abang ditempatkan ditempat yang tertinggi

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun pemergian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang juga merupakan anak sulung dalam keluarga.
Menerusi posting di Twitter adik kepada Allahyarham Zulfarhan yang menggunakan nama akaun mikro, dia telah memuat naik beberapa gambar abangnya pada hari pemergian pemuda itu 3 tahun lepas.

Semoga allahyarham tenang disana

Dalam kapsyen yang ditulis, gadis itu mendoakan agar roh allahyarham abang tersayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Perkongsian yang dibuat pada 1 Jun 2020 itu sudah pun mendapat kebih daripada 4 ribu tanda suka di Twitter.
Sehubungan dengan muat naik yang dibuat, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar kesejahteraan allahyarham disana.

Tak sangka dah 3 tahun kesni

Takkan pernah lupa sampai bila2

Keadilan buat Zulfarhan

Untuk rekod,  Zulfarhan Osman Zulkarnain dipercayai telah didera dengan teruk pada tahun 2017  oleh rakan-rakannya dan 6 orang suspek utama telah ditahan serta sedang dibicarakan.
Menurut laporan sebelum ini, kejadian tersebut berpunca daripada tuduhan yang dilemparkan kepada allahyarham yang didakwa mencuri laptop salah seorang daripada suspek namun dinafikan oleh mangsa.


Sumber : mikro