Wanita 25 tahun korban pertama puding buih, peniaga bakal dikenakan tindakan
Hari ini dimaklumkan, seorang wanita berusia 25 tahun menjadi korban pertama yang keracunan puding buih, selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Mangsa yang berasal dari Marang, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ pada 10.40 pagi kerana kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.
Beli online makan dengan keluarga
Difahamkan, mangsa telah membeli puding buih itu secara dalam talian untuk dimakan bersama ahli keluarganya pada 22 Mei lalu.
99 orang mangsa puding buih
Beberapa ahli keluarganya turut dimasukkan ke HSNZ, mereka adalah antara 99 mangsa dari Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih berkenaan.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan menyiasat kes tersebut, dan tindakan akan diambil terhadap peniaga terbabit.
Sumber : Harian Metro