Tindakan Pantas Pemandu Grab, Selamatkan Nyawa ‘Uncle Tua’ Pengsan Dipukul
Bersyukur tinggal di Malaysia, kerana dikelilingi dengan masyarakat yang prihatin dan pemurah memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum atau agama.
Menerusi laporan WORLD OF BUZZ, seorang lelaki bernama Shanker Vellu, telah berkongsi pengalamannya bersama dengan seorang gelandangan yang ditemui pengsan di sekitar LRT Segambut.
Diserang sampai tak sedarkan diri
Terkejut kerana tiada siapa yang peduli dengan apa yang menimpa lelaki itu, Shanker terus bergegas datang menghulurkan bantuan walapun ketika itu sedang menjalankan perkhidmatan Grab.
“Saya adalah pemandu Grab, ketika saya tiba di stesen LRT, saya melihat seorang lelaki hanya terbaring di situ. ““Saya bertanya kepada orang-orang di kawasan, didapati lelaki itu pengsan akibat diserang oleh individu yang tidak dikenali…”
Rasa tak sedap hati, patah balik
Melihat lelaki gelandangan itu masih tidak sedarkan diri, Shanker menggunakan air membasuh wajah lelaki itu dalam usaha untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa, agar dapat dibantu.
“Saya cuba bercakap dengan lelaki itu, dan harus tahu sedikit bahasa Mandarin, saya bertanya di mana dia tinggal dan adakah dia mempunyai ahli keluarga di sekitarnya…”
Melihat lelaki itu mula sedar, Shanker awalnya menghulurkan wang dan terus beredar. Namun, dia yang berasa tidak sedap hati, dan berpatah semula ke Segambut untuk memeriksa keadaan gelandangan itu.
Keadaan makin lemah
Memeranjatkan, lelaki gelandangan itu masih terbaring dalam keadaan semakin lemah, membuatkan Shanker terus menelefon ambulans.
“Saya menelefon ambulans dan pada ketika itu datang seorang wanita menghampiri lelaki itu untuk memberi makanan dan wang…”
Hantar terus ke hospital
Berkongsi berita baik itu, dia mengatakan bahawa lelaki gelandangan berkenaan sedang menjalani rawatan perubatan dan keadaannya pun semakin baik.
“Saya terus mengikuti ambulans ke HKL dan membantu pendaftaran pakcik itu bagi kemudahan pihak kesihatan…”
Gembira dapat membantu, Shanker berkata, dia bersyukur kepada Tuhan bahawa diberi peluang untuk menolong lelaki itu, dan berharap ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama.