Husin Bin Bungkak, 11 Tahun, Anak Muallaf Dari Pulau Bangi, Sabah Kini Bergelar Al-Hafiz
Ingat lagi tak pada adik Husin? Sewaktu ni (mengikut tarikh yg tercatat pada posting Umar Abdul Aziz Original adalah bertarikh 23 Disember 2018) dia sedang membaca watikah pelajar sebelum masuk ke Akademi AKMAL. Husin bin Bungkak berusia 11 tahun adalah mualaf daripada Pulau Banggi, Sabah.
Pengajian tahfiz beliau ini di taja oleh Hj Mad Muda yang juga merupakan ayah angkatnya di sini Kelak, apabila khatam 30 juzuk Al Quran, beliau bakal menjadi orang pertama Pulau Banggi yang bergelar al hafiz, doakan.
Hari ini 11 May 2020 dia dah tamatkan hafalan 30 juzuk dia…
Allahuakbar, Sy@hdu je ptg ni tengok Husin bin Bungkak (berbaju merah di belakang saya) live Khatam Quran 30 juzuk di Akademi Al Quran Amalillah HQ (AKMAL HQ), Terengganu.. Seorang anak pedalaman yg berasal dari Kg Salangan, Pulau Banggi Kudat, Sabah yg mula2 KOSONG (Baru bersyahadah memeluk Islam bersama ibu bapanya ketika itu).
Beliau dididik di Tadika Amal Hidayah, Yayasan Amal Malaysia oleh guru2 mereka (Lepasan Pusat Dakwah Serantau) di sana dengan penuh sabar sehinggalah Husin reti baca iqra, kemudian sampailah husin mengenal ayat2 Al Quran dan kemudian Husin di taja melanjutkan hafazan di AKMAL HQ untuk menjadi Hafiz Al Quran disana..
Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran dan bertepatan dgn Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan, hari ini Husin berjaya khatam 30 Juzuk Al Quran dalam tempoh 365 hari.. Allahuakbar, besar pahala semua insan yg terlibat memudahkan urusan Husin menjadi Hafiz Al Quran di usia 12 tahun, Allahuakbar!
Lepas ni Husin dah boleh jadi Imam di Surau Kg Salangan, tempat di mana Husin membesar.. Alhamdulillah. Saksikan video majlis khatam quran beliau…