Agama bukan penghalang, jiran Melayu tolong jaga anjing buta ditinggalkan tuan
Apatah lagi bagi haiwan seperti anjing dan kucing yang sememangnya diketahui mempunyai sifat penyayang.
Malah ia juga ditekankan oleh semua agama untuk sentiasa menyayangi semua haiwan.
Tambahan pula jika anda seorang yang pencinta haiwan, perasaan sayang terhadap haiwan itu sudah tentu tidak dapat diselindungkan lagi walau dalam apa jua keadaan.
Namun tidak dapat dinafikan masih ada yang tidak mempunyai sifat seperti itu malah ada juga yang kejam terhadap haiwan yang tidak berdosa ini.
Menerusi Twitter Mohammad Syahmi Ifwat, dia kongsikan kebaikan adiknya yang Muhammad Nur Hazim yang rela menjaga seekor anjing yang dipercayai ditinggalkan oleh jiran yang melarikan diri daripada rumah sewanya.
Difahamkan, anjing yang ditinggalkan itu buta dan jika biarkan dia terlepas daripada pagar mesti dia akan masuk longkang.
Turut dikongsikan, anjing itu setiap hari akan duduk di depan pintu rumah dengan harapan tuannya akan pulang.
Dari pagi sampai ke malam dia duduk dan baring di hadapan pintu itu sahaja tanpa makan, kini adik Syahmi pula jadi tempatnya bermanja.