2 Adun Kedah keluar PKR, tamparan pada Mukhriz
Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini, suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri.
Adun Sidam, Robert Ling Kui Ee, dan Adun Lunas, Azman Nasarudin mengumumkan peletakan keahlian mereka pada sidang media bersama hari ini.
Ini bermakna, PAS dengan 15 kerusi, ditambah pula 2 kerusi Umno, berkemungkinan besar mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.
Perkembangan ini menyusuli tindakan disiplin terhadap lebih 600 ahli selepas pemecatan bekas timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali, dan bekas naib presiden, Zuraida Kamaruddin.
Robert, ketika mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua bahagian PKR Sungai Petani, berkata langkah “pembersihan” dalaman, termasuk penggantungan timbalan ketua dan beberapa ahli jawatankuasa bahagiannya, “seolah-oleh mencabar saya dan teman-teman lain yang setia dengan parti selama ini”.
“Perletakan jawatan ini juga melibatkan 2/3 jawatankuasa bahagian dan sayap Pemuda Sungai Petani,” katanya pada sidang media hari ini.
Mengenai Anwar, Robert mendakwa sejak beliau memimpin PKR pasca pemilihan 2018, parti itu “bertambah buruk” dan kemuncaknya “telah memecah-belah dan menyebabkan sebahagian pimpinan, termasuk Azmin dan Zuraida, dipecat dan ramai meninggalkan parti”.
Azman, yang juga exco Kedah, berkata dia juga tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti sejak Anwar memimpin parti itu.
“Saya sertai parti sebagai ahli seumur hidup pada ketika ia paling lemah. Masa itu 2004 dan saya seorang guru sekolah. Ketika itu, kami dibenarkan untuk berbeza pandangan.
“Tetapi sejak 2018, keadaan sudah berubah. Parti itu, daripada sebuah parti demokratik, kini bertukar jadi parti mengenai individu tertentu. Perjuangannya hanya untuk menangkat seorang jadi perdana menteri, itulah agendanya,” katanya.
Beliau berkata ada banyak “politik keluarga” dalam PKR, yang lagi mendorongnya untuk keluar parti.
“Kami akan sepenuhnya menyokong Muhyiddin sebagai PM dan kerajaan Perikatan Nasional,” katanya.
Azman berkata ketidakpuasan hati itu turut dirasai di 15 bahagian PKR di Kedah, yang beliau dakwa akan meninggalkan parti itu beramai-ramai.
Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan bertukar tangan, Azman berkata “ada kemungkinan” dan meminta pemberita menunggu sidang media pada 3 petang nanti.
Ditanya parti mana yang akan disertainya, beliau menjawab: “Saya akan jadi bebas, tetapi mesra PPBM, seperti bos saya, Azmin Ali.”
Ling pula menjawab: “Saya pula akan mesra PPBM, tetapi mana tahu, mungkin saya jadi ahli sekutu.”