Parah Kemalangan, ‘Rider’ Terima Sumbangan Orang Ramai Mahu Kongsi Rezeki
Semalam, tular di laman Twitter mengenai kejadian yang menimpa rider Foodpanda yang dikenali sebagai Amar apabila dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kisah Amar ini kemudiannya mendapat perhatian netizen apabila kejadian dan kepayahan hidup Amar diceritakan sendiri oleh rakannya.
Baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang penghantaran makanan, Amar telah terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pelanggan.
Ringkasan kejadian menimpa Amar…
Habis berlumuran darah!
“Dia sampaikan salam dan ucapan terima kasih…”
Dalam perkembangan terbaru, Amar dikatakan bahawa keadaanya semakin membaik. Malah, dia sangat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang menghulurkan sumbangan buatnya.
Siap mahu kongsi rezeki lagi…
Dalam perbualan dua rakan ini, Amar berhasrat untuk berkongsi sumbangan yang diperolehi daripada orang ramai. Dia malah tidak menyangkakan bahawa dugaan yang dihadapinya terselindung 1001 hikmah yang diberikan oleh Allah SWT.
“Kongsi rezeki depa dengan anak2 yatim…”
Niat Amar ini berkongsi rezeki sumbangan ini sekaligus membuatkan orang terharu dengan sifat mulianya itu. Ramai yang mendoakan agar pemuda ini dilimpah rezeki yang meluah oleh-Nya.
Mencari rezeki bukannya sesuatu perkara yang mudah. Malah, kita sendiri digalakkan untuk berkongsi dan bersedekah jika mempunyai rezeki yang berlebihan agar orang yang kurang berkemampuan dapat merasai nikmat yang sama.