Kematian Dicemburui, Guru Mengaji Dijemput Ilahi Ketika Membaca Al-Quran

Pengakhiran hidup kita hanya Tuhan sahaja yang tahu, namun setiap daripada kita mengidamkan untuk dijemput dalam keadaan yang baik.
Di Turki, kisah seorang lelaki warga emas meninggalkan ketika sedang membaca Al-Quran telah mendapat perhatian dan kini sedang menjadi bualan ramai.

Kepala terbaring di atas Al-Quran

Lelaki warga emas dikenali sebagai Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, jenazah ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran. Arwah meninggal akibat serangan jantung.

Habiskan sisa hidup kembangkan ilmu Al-Quran

Difahamkan, arwah merupakan seorang guru mengaji, sisa-sisa hidupnya dihabiskan untuk mengembangkan ilmu al-Quran kepada ribuan pelajarnya.

Syurga buatmu

Pemergian dalam keadaan yang cukup mulia, membuatkan artis, Dursun Ali Erzincanlı juga turut terkesan dengan kisah kematian Seflek.
“Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran. Semoga syurga tempatnya,”
Jenazah Mehmed Ali Seflek Hodja telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Eğriboyun selepas solat jenazah di Masjid Koca, Nazilli.