Pasangan Warga Emas Positif Covid-19 Sambut ‘Anniversary’ Ke-50 Dalam ICU
Pendemik Covid-19 yang menular ke seluruh dunia ketika ini amat menakutkan. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti tanpa batas agama, bangsa dan juga kedudukan.
Bukan itu sahaja, pendemik tersebut turut meragut ribuan nyawa diseluruh dunia dan pastinya individu yang paling hampir dengan seseorang yang dijangkiti akan mudah dijangkiti sama.
Berpegangan tangan di ICU
Dalam satu perkongsian yang diperoleh daripada Facebook, sepasang suami isteri dilihat berpegangan tangan semasa menerima rawatan berikutan dijangkiti Covid-19.
Lebih menyedihkan apabila mereka juga menyambut hari ulang tahun perkahwinan dalam wad ICU kerana pendemik tersebut.
Pegang kek cawan tertulis 50
Sandra, 71 dan suaminya, Giancarlo, 73 telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 bersama-sama frontliner. Mereka juga terlihat ceria memegang kek cawan walaupun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan.
Keraian dibuat untuk hiburkan hati mereka
Dalam perkongsian seorang jururawat yang bertugas Roberta Ferretti, sambutan yang dibuat adalah bagi memastikan pasangan tersebut berasa gembira dan lebih bersemangat untuk terus hidup.
Terdahulu, gambar pasangan itu tular di media sosial kerana terlantar positif Covid-19. Pasangan warga emas Itali meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.